Salam Perkenalan – Kak Aloe.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
.
Selalu kita dengar ungkapan ni kan?
Jadi Kak Mar nak ambil kesempatan ini untuk perkenalkan diri pada semua
.
Boleh2?😊
.
Nama diberi Mardiana Alias
Anak jati Beranang, Selangor
Merupakan anak sulung kepada Haji Alias bin Musa dan juga Hajjah Imai binti Tudan
Punyai 6 orang adik-beradik yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri.

Alhamdulillah.


Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Beranang. Dan seteruskan sekolah menengah di sekolah berasrama di Kajang dan kemudiannya meneruskan menengah atas di SMKAKS Kuala Selangor.
.
Memegang ijazah sarjana muda perakaunan di UIA Gombak.
.
Kemudian bekerja sebagai External Auditor sehingga menerima Chartered Accountant.
Seterusnya bekerja pula sebagai Akauntan di Cheras selama 10 tahun.
.
Telahpun mendirikan rumahtangga pada 2006 dan dikurniakan 5 orang cahayamata yang hebat. Alhamdulillah.
.
Di atas sebab-sebab tiada kebebasan waktu dan kebebasan kewangan ketika masih bekerja akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja. Dan bermulalah episod sebagai surirumah sepenuh masa. Membesarkan anak2 dan mengurus rumahtangga
.
Akhirnya pada tahun 2013 berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Tetapi hanya mampu bertahan sehingga 2016.
.
Pada Feb 2017 bertemu jodoh dengan satu perniagaan global yang lebih stabil dan menawarkan peluang yang lebih luas.
.
Sehingga tahun 2020 jualan berkumpulan telahpun mencecah lebih dari 1 juta dan telah pun menjana pendapatan 5 angka tiap bulan. Hanya bermula dengan modal yang sangat kecil!
.
Benarlah kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”
.
Kini Kak Mar dapat menikmati hari-hari dan waktu yang berkualiti bersama keluarga tercinta. Dan perlahan-perlahan kita mengecilkan segala komiten dan mula berjinak-jinak pula dengan pelaburan. Inshaa Allah.


Benar 9/10 daripada pintu-pintu rezeki adalah melalui perniagaan


Cuma kita jangan rambang mata
Lihat dengan mata hati
Dan buatlah pilihan yang bijak
.
Seandainya ada yang mahu bertanya ataupun memberi sebarang perkongsian
Boleh dropkan di ruangan komen ya✌
.
.
Salam Sayang Dari Kak Mar buat semua
Jom Jadi Orang Hebat!

1 thought on “Salam Perkenalan – Kak Aloe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *