Aloe Berry Nectar

Mungkin ramai belum tahu Forever Living Products ada tiga jenis minuman gel aloe vera. Selain Aloe Vera Gel (botol kuning) dan Aloe Bits N Peaches (botol putih penutup oren), syarikat ini mengeluarkan Aloe Berry Nectar (botol putih penutup merah). Ia mengandungi aloe vera asli, ekstrak buah kranberi dan nektar.

Aloe Berry Nectar

PERSAMAAN 3 BOTOL GEL ALOE VERA.

Persamaan paling utama ialah – semua botol mengandungi gel aloe vera asli yang distabilkan menggunakan teknologi dipatenkan. Ini bertujuan supaya pengguna dapat menikmati gel aloe vera asli dengan rasa yang sedap, dilengkapi khasiat berbeza dalam setiap variasi.

Si botol kuning AVG mengandungi gel aloe vera  paling tinggi sebanyak 97%. Manakala botol lain berwarna putih ini mengandungi gel aloe vera asli yang dicampur dengan buah-buahan.

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Aloe Berry Nectar mengikut peratus paling tinggi seperti berikut:

  • Gel Aloe Vera yang Distabilkan, 
  • Fruktosa,
  • Kranberi Asli 
  • Pekatan Jus Epal (Perisa), 
  • Sorbitol, 
  • Asid Askorbik (Antioksidan), 
  • Asid Sitrik, Kalium Sorbat (Untuk Membantu Melindungi Perisa), 
  • Natrium Benzoat (Untuk Membantu Melindungi Perisa), 
  • Gum Xanthan, 
  • Tokoferol (Antioksidan).

Siapa Paling Sesuai Minum Aloe Berry Nectar?

Aloe Berry Nectar mengandungi semua vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang sama terdapat dalam AVG dengan tambahan khasiat dari kranberi dan epal.

Ekstrak kranberi kaya dengan kandungan proantosianidin membantu menyekat bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing. Ini bermakna ia amat digalakkan untuk mengelakkan penyakit kencing tidak lawas.

Aloe Berry Nectar

Selain fungsinya untuk kesihatan saluran kencing, kandungan vitamin C yang tinggi juga bertindak sebagai antioksidan kuat. Ia merupakan sumber semula jadi pycnogenol yang amat berguna dalam mengekalkan kolagen. Antioksidan jenis Oligomeric Proanthocyanidins (OPC’s) ini sepatutnya menjadi pilihan setiap individu yang mahu kelihatan sentiasa awet muda!

Hebatnya ciptaan Allah ini, fitonutrien dari epal digunakan oleh tumbuhan untuk melindungi dirinya daripada kuman, kulat, pepijat dan ancaman lain. Untuk manusia, fitonutrien bermanfaat untuk melindungi sel badan daripada radikal bebas yang berbahaya.

KONSULTANSI PERCUMA UNTUK PENGGUNA ALOE BERRY NECTAR

Ada banyak lagi khasiat Aloe Berry Nectar untuk kesihatan secara umum. Namun produk ini bukanlah ubat untuk merawat sebarang penyakit. Ia juga tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit tertentu atau kelas penyakit. Anda perlu berunding dengan doktor terlebih dahulu jika anda mengalami masalah perubatan.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan produk ini atau mana-mana produk Forever Living yang lain, boleh terus hubungi Kak Mar, KLIK DI SINI. InsyaALLAH Kak Mar luangkan masa untuk setiap pertanyaan yang masuk. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *