Aloe Gelly & Propolis Creme

Kak Mar nak kongsi kebaikan Aloe Vera Gelly dan Aloe Propolis Creme yang digabungkan untuk merawat dan melindungi kulit yang rosak. Kombinasi dua item ini ibarat isi dengan kuku, jangan dipisahkan supaya kita dapat hasil yang terbaik. Ibu hamil pasti menyukai kedua- duanya kerana manfaat kepada ‘stretchmark’ amat ketara!

BAHAN SEMULAJADI UNTUK MEMBAIKPULIH SEL
Kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Jika berlaku kerosakan kulit akibat jerawat, luka, melecur atau terbakar, tumbuhan semulajadi yang berfungsi membaikpulih sel ialah aloe vera.
Aloe Vera Gelly
Mempunyai tekstur yang jernih dan mengandungi 80% aloe vera gel tulen. Antara produk yang wajib ada dirumah satu. Sifatnya yang menyejukkan, menghidrat dan menenangkan kulit membuatkan ianya berbeza dari gel sapuan aloe vera yang lain dipasaran.
Sapuan Aloe Vera Gelly mampu melegakan seluruh badan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Mempunyai pH yang seimbang gel sapuan ini cepat meresap, tidak melekit, tidak berminyak dan tidak mengotorkan pakaian.

14 Kebaikan Aloe Vera Gelly
- Melegakan kulit selepas bercukur atau rawatan wax
- Melegakan kelemumur
- Mencegah rambut rosak selepas berenang akibat klorin
- Melegakan jerawat
- Melegakan ulser di dalam mulut. Aloe Vera Gelly ni selamat jika termakan.
- Melegakan sakit kerongkong
- Melegakan buasir (luaran)
- Mengurangkan rasa pedih terkena air atau minyak panas
- Mengurangkan sakit melecet atau luka kecil
- Mengurangkan kesan kulit terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari (sunburn)
- Melegakan gigitan serangga
- Mengurangkan rekahan tumit kaki
- Mengurangkan kegatalan dan kerengsaan kulit akibat demam campak atau chickenpox
- Melegakan ruam panas dan ruam lampin
Aloe Propolis Creme
Krim yang teksturnya lembut berwarna putih ini mempunyai bau yang sangat menyenangkan. Bahan utama krim ini selain Aloe Vera ia juga mengandungi propolis lebah.
Propolis ini dalam bahasa Yunani yang membawa maksud pelindung sarang iaitu sejenis damar yang yang diambil lebah dari pucuk tumbuhan pada waktu pagi bercampur dengan lilin, debunga dan air liur lebah. Macam complicated kan bunyinya.
Tak perlu pening memikir pasal hasil kejadian propolis ini, apa yang penting apa kebaikan propolis ini kepada manusia.

Propolis ini terdapat 34 jenis flavonoid, 15 jenis terpenes, 20 jenis asid organic, 8 jenis enzim, 10 jenis kumpulan ester dan aldehid, 18 jenis asid amino dan 29 jenis zat galian. Fuh terbaik betul hidupan ciptaan Allah ini.
Krim ini sangat bersifat anti bakteria, anti kulat dan juga keradangan. Selain itu dalam satu tiub creme ini mengandungi Chamomile, Vitamin A & E di mana ianya sangat terkenal untuk penjagaan kulit.
Kebaikan Aloe Vera Propolis Creme ini sama seperti Aloe Vera Gelly. Selain itu krim ini juga mampu mencegah jangkitan kuman pada kulit yang mengalami luka.
Kesimpulannya gabungan Propolis Creme dan Aloe Gelly ini sangat sesuai dalam mengimbangi fungsi dan kebaikan antara satu sama lain. Untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan sering mengalami kegatalan pemakaian kedua dua krim ini adalah sangat disyorkan.
Untuk info yang lebih lanjut boleh hubungi Kak Mar , KLIK DI SINI. Kak Mar sedia membantu.